FOUNDER STORY



Kencana Catering di usahakan oleh Encik Wan Abdul Halim, seorang bekas penuntut UITM Shah Alam dalam jurusan teknologi makanan. Semasa menjadi seorang pelajar beliau telah pun menunjukkan minat dalam bidang katering dan urusan cara. Masa terluang ketika belajar tidak disia-siakan , beliau penuhi dengan berkerja sebagai pramusaji sambilan dengan pelbagai syarikat katering dan juga hotel-hotel yang terkenal di Lembah Klang.




Tamat belajar, beliau masih lagi penuhi masa dengan berkerja sebagai pramusaji sambilan dan tuah beliau diterima kerja sebagai pekerja tetap oleh Arwah Pak Engku , pengusaha Kuzie Catering yang sangat terkenal di Malaysia. 





Bekerja bersama Kuzie Katering sangat membantu beliau kerana beliau diberi peluang untuk belajar bermacam-macam kemahiran. Selain dari tu, penglibatan beliau secara langsung dalam majlis yang besar bersama Kuzie Katering setiap tahun juga turut menjadikan pengusaha Kencana Catering ini lebih berpengalaman dalam mengendalikan majlis-majlis yang dihadiri ramai Duta- Duta, Jemaah Menteri dan VVIP. 







Selepas 6 tahun bersama Kuzie Katering, beliau berpindah untuk berbakti kepada satu perusahan yang baru untuk mencuba nasib dalam bidang jualan. Alhamdulilah sebelum tertubuhnya Kencana Catering & Event solutions , Encik Wan Abdul Halim berjaya mencurahkan ilmu dan membantu Syarikat Aroma Katering selama satu tahun. 

Berbekalkan ilmu yang ada dan keazaman yang kental , beliau mula memulakan perniagaan katering secara kecil-kecilan dan berdaftar secara enterprise pada tahun 13 January 2015 sebagai Kencana Catering & Event Solution.

Keputusan untuk bergabung bersama Sanggulevent Management Sdn Bhd , sebuah syarikat wedding planner mendatangkan hasil apabila kedua founder mengeluarkan pakej perkahwinan penuh bagi beberapa tempat yang menarik di Lembah Klang. 

Sehingga tahun 2019, Kencana Catering telah pun berjaya membantu untuk menyelesaikan kerisauan pelanggan untuk memilih perkhidmatan katering yang berkualiti dan menarik dan pada tahun ini juga, Kencana Catering telah berjaya untuk menjadi pembekal utama di Majlis Rumah Terbuka Malaysia  (MRTM) Aidilfitri Peringkat Kebangsaan 2019 dibawah kelolaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. 









Kejayaan Kencana Catering tidak berhenti disitu sahaja, pada tahun yang sama , sekali lagi Kencana Catering diberi kepercayaan untuk menjadi pembekal utama bagi makanan tetamu terhormat dan rakyat bagi Jamuan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019 Sempena Program Ambang 2020 di Kuala Lumpur dan dibawah kelolaan Jabatan Warisan Negara. 






















Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN KERJA KENCANA CATERING

5 TIPS UNTUK PILIH KATERING MAJLIS IMPIAN ANDA